#1

Featured

Hai,

Salam perkenalan (pergh ayat kau klasik sungguh!)

Saya sebenarnya blogger yang x berapa nak aktif. Dulu di blogspot pastu terminate bajet xde menda nak tulis. Tiba2 rasa nak menulis balik dengan cara yang lain. Angkuh betol x mahu pilih blogspot. Pilih lah posterous sbb lain dari yg lain. Tak selalu update dsitu.

Lantas tiba2 sewaktu buka posterous.com dia cakap (sia cakap? walhal mana boleh bercakap) bahawa site posterous ini bakal ditutup. Tak tahu kenapa. Jangan ditanya. Lantas transfer ke squarespace.com. Nampak x kengakuhannya disitu dengan tak mahu pilih blogspot mahupun wordpress? Konon nak lain dari yang lain.

Happy lah guna squarespace sbb menyangkakan percuma. Baru buka hari ini sekali lagi atas niat mahu menulis tp dia kata (again, mana boleh website bercakap) “your account has been deactive. Please pay to activate”. Haaaa..amek kau! punyalah berlagak mahu lain last2 dy suruh bayar. Maka, aku mengambil pendekatan utk pindah ke wordpress dgn segalanya baru. X leh transer kandungan di sana kesini. Sungguh kau kejam squarespace!

Dah, itu je aku nak tulis. Sebenarnya ada benda lain nak tulis tapi nanti lah. Terasa kekecewaan yang menusuk ke lapisan jantung yg dalam betul hari ini. Huh !

HyperSmash
Pingates

Advertisements

#36

Throwback: Dialog dengan Abah

18 September 2012

Satu hari yang indah,,,

Abah: Ni ha Long…g apply kerja kt SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan)..

Me: Kerja apa lagi bah? Tukang bukak paip air ke? Huahuahua

Abah: (Sambil jeling)..tak lah…ni ha…pergi TAHAN OMBAK dekat PD tu.

Me: (Gelak besar)

28 August 2012

Abah: Ha, ni ada kerja kosong. Apply lah

Me: Kerja apa bah?

Abah: Ni ha…jadi TUKANG PAM TAYAR KERETA API

Me: What???

p/s: sungguh sarkastik cara bapa aku cakap. btw, tayar kereta api mana boleh pam

Abah: Cari apa lagi tu kt laptop?

Me: cari laki bah…

#35

Capture1

Socks

Sudah seminggu rasanya Mak pulang dari Kota London. Seperti biasa Mak takkan pernah lupa membeli ole2 utk saudara-mara. Aku begitu teruja tatkala Lula cakap Mak ade tggalkan bungkusan ole2 utk aku dan keluarga.

Dalam bungkusan polkadot pink tertera nama “Ku Yam” aku melihat 3 pasang setukin seperti gambar diatas, tag nama polkadot merah jambu, satu tin kecil serbuk teh dan sehelai kain alas kecil warna merah jambu dgn motif bunga2 dan ya tertera jenama Cath Kidston. Now i am aware that Cath Kidston mmg trademarknya corak2 sebegitu. Aku kira setukin ade 3 pasang dan ini membuat ku keciwa. Untuk siapa lagi setukin2 itu kalau bkn utk adik2 aku. Kecemburuan melanda!

Aku cuba bernegosiasi dgn adik ku Muhammad Aiman tetapi gagal. Maka, aku pon takkan nak cuba utk berdialog dgn lg dua adik kerna ku tahu aku akan gagal. Tak tahu lah kenapa aku begitu meminati setukin2 tersebut. Satu mgkin sbb unik satu lagi mungkin sbb aku tahu adik2 pasti akan sepah disana-sini.

Untuk aku rupanya Mak belikan tag nama bukannya kain kecil warna pink itu. Teh dan kain pink untuk rumah di Seremban. Aku menyuarakan kekecewaan aku pada Mak dan mak kata Mak akan kumpul duit untuk kesana lagi dan belikan aku setukin. Takkan lah …

Kemudian aku menyuarakan kekecewaan aku pada Nadirah sepupuku iaitu anak sulung Mak. Berikut ialah dialog kami yang plg buat aku ketawa

“Perasan betul. Sila berusaha untuk mendapatkan stokin itu k lol. Kalau tak kau kena tukar dgn Uncle Chaonne”

“Xpe la. Takkan la dia nak tag pink polkadot tu”

‘Eh, ade lelaki suka pink. (emoticon). Macam kau la. Xpernah perempuan minat socks. Hihi”

“Kah! Perempuan mcm aku ni kan rare. Lol. Tp seyes. Aku suka stokin”

End up aku mengalah dan bersyukur dgn tag pink polkadot.