#3

Image

Assalammualaikum..

Hai! Bertemu kita sekali lagi di alam maya yang penuh ilusi ini. Okay, ayat aku mmg senget! Impak dah lama tak menaip blog mungkin. Okay, intro yang memang tiada penarik langsung.

Aku baru sahaja pulang dari sebuah negeri di pantai timur. Pergi kesana untuk tujuan pernikahan sepupu. Note. Sepupu bukannya aku. Selain tujuan pernikahan ada juga tujuan lain. Tujuan sampingan lah katakan. Alah, bunuh 2 burung dengan satu batu (*read: kill two birds with one stone). After the wedding, we went to Rantau Panjang to shop till u drop. Me? i don’t shop much in Rantau Panjang and i just bought this ice-cream called Aiskrim Baba. Tapi bila pergi ke Pasar Siti Khadijah, ya..aku lah shopping paling sakan sekali. Tudung, kain ela, baju..haih..kalau duit penuh dipoket dh lama banyak benda aku borong!

Aku pun sebenarnya dah menyimpang jauh dari tujuan asal ni. see, kill two birds with one stone! To be exact, aku nak tulis pasal gambar diatas. Ye, gambar tangan aku tu. Tangan aku mgkin x semulus tangan-tangan korang. Bukan nak kata rajin tp dh mmg begitu. Jadi apa kaitan gambar tangan dan post kali ini? Hypothesis masih belum dirungkaikan lg. sebentar lagi mungkin.

Begini, jari ku luka di bilik air. Arrghh..sumpah sakit! Tak tahu bagaimana nak cerita tapi kuku jari kuku mcm terbelah. (Errghh..aku taip pun aku ngilu balik). Sedang aku mengadu kesakitan tiba0tiba aku teringat akan sebuah hadith yang pernah abah baca pada kami dulu. I can’t recall exactly what the hadith said tp bunyi nya lebih kurang gini lah

“Sesuatu kecederaan yang kita alami pada tubuh badan kita (tangan, kaki n etc), maksudnya ada dosa yang kita lakukan dengan anggota badan tersebut”

Jadi, pembaca sekalian (eheh! bajet betol kau Maryam) marilah kita sama2 muhasabah diri bilamana sesuatu terjadi pada anggota tubuh kita. Say, jari terluka macam aku, kepala terhantuk, kaki tersepak kerusi, lebam sana sini sebab apa..sebab mungkin ada dosa yg kita lakukan sama ada sedar atau tidak. 

That is why sebelum tidur kita semua digalakkan untuk hisab diri kita balik. Apa yang aku lakukan hari ni? Apa yang aku katakan hari ini? Apakah bermanfaat perkara yang aku lakukan? Sia-sia? Orang marah? .. Maka, fikirlah. Ye, kadang-kita kita tak ingat apa yg kita telah lakukan. Macam aku. Puas aku brainstorm mengalahkan nk selesaikan soalan addmath sekolah dulu tapi aku tak tahu/ingat apa yang aku buat melalui tangan aku ni. Kemungkinannya banyak.

  1. Mungkin aku ada cederakan makhluk Tuhan?
  2. Mungkin juga aku terambil sesuatu yg bukan milik aku
  3. Mungkin aku ada taip.tulis sesuatu niat utk sakitkan hati orang
  4. Mungkin atau tidak aku masak dengan tidak ikhlasnya
  5. Mungkin itu dan mungkin ini…haiya..pelbagai kemungkinan woih!

Kita semua pendosa. Tiada yang sempurna. Sebab kita bukan maksum mcm Rasulullah. Apa yang pasti istighfar lah sebanyak-banyak. Mohon keampunan dari Pencipta. Muhasabah selalu jangan dilupa. Ingat, sakit itu penghapus dosa. Jangan disebabkan sakit, kita mengeluh dan menyalahkan Pencipta. Dia kurniakan sakit itu supaya kita dekat pada Dia.

Sekian,

-Pesanan ikhlas buat diri sndiri juga. Semoga Dia redha.

p/s

-Pernah sekali aku terhantuk ke dinding. Abah kata balasan sebab gelakkan dia. See, Allah bagi cash. Muhasabah ye..

 

#2

Di suatu petang yang indah. Tatkala angin tiup sepoi-sepoi bahasa..kelihatan tiga beranak sedang duduk bersantai bersenang lenang di hadapan sebuah telivisyen yang kecil ukurannya berbanding flat screen dirumah mereka. 

Owh, kelihatan dakwat biru di jari mereka. Nampak sangat baru lepas mengundi woih. Tiga beranak itu terdiri daripada si kakak sulong, si ayah yang penyayang and yet-sarcastic-sometimes dan si adik bongsu-annoying-gila. Si ayah memulakan perbualan. Nampak gaya topik kali ini berkenaan masa depan si bongsu yg annoying tadi.

Ayah: Han, elok sambung study agama lepas SPM nanti. Pergi Morocco lah cepat skit. Tiga tahun dah graduate. Kalahkan akak kau sorg ni. (sambil tunjuk ke arah anak sulongnya itu)

Adik: Ye, tapi nanti boleh kerja apa je kalau smbung study Agama?

Ayah: ehhhh..jangan cakap gitu. Rezeki itu Allah yang tentukan. Sapa kata belajar agama tak de kerja? Kau tengok lah ‘sorang’ tu (tunjuk ke arah anak sulong). Nama je belajar bla bla bla (x boleh sebut course apa) tapi tgklah apo kojo eh..

Perasaan anak sulung begitu terguris sekali. Mula2 ter-motivasi dgn statement berkenaan rezeki tapi ayat akhir itu…adusss….tepat menembusi lapisan terakhir hati! Perghhh…

Anak sulung: (Aku dah agak dah. Kalau aku duduk dekat je mesti aku kena lagi. Haih)

 

Sekian

#1

Featured

Hai,

Salam perkenalan (pergh ayat kau klasik sungguh!)

Saya sebenarnya blogger yang x berapa nak aktif. Dulu di blogspot pastu terminate bajet xde menda nak tulis. Tiba2 rasa nak menulis balik dengan cara yang lain. Angkuh betol x mahu pilih blogspot. Pilih lah posterous sbb lain dari yg lain. Tak selalu update dsitu.

Lantas tiba2 sewaktu buka posterous.com dia cakap (sia cakap? walhal mana boleh bercakap) bahawa site posterous ini bakal ditutup. Tak tahu kenapa. Jangan ditanya. Lantas transfer ke squarespace.com. Nampak x kengakuhannya disitu dengan tak mahu pilih blogspot mahupun wordpress? Konon nak lain dari yang lain.

Happy lah guna squarespace sbb menyangkakan percuma. Baru buka hari ini sekali lagi atas niat mahu menulis tp dia kata (again, mana boleh website bercakap) “your account has been deactive. Please pay to activate”. Haaaa..amek kau! punyalah berlagak mahu lain last2 dy suruh bayar. Maka, aku mengambil pendekatan utk pindah ke wordpress dgn segalanya baru. X leh transer kandungan di sana kesini. Sungguh kau kejam squarespace!

Dah, itu je aku nak tulis. Sebenarnya ada benda lain nak tulis tapi nanti lah. Terasa kekecewaan yang menusuk ke lapisan jantung yg dalam betul hari ini. Huh !

HyperSmash
Pingates