#25 Asyraff Muslim jadian

Image

(Sumber)

I should write this yearsssss ago (ceh, bajet lama!). But i tend to forget and keep on making my self busy. So, here goes nothing. (copy paste from my FB status 5th February 2014)

Kepulangan ke rumah baru2 ini dikejutkan dgn wajah terkini si bongsu. Wah, dia kini sudah memakai cermin mata! Puan emak ada beritahu tapi akibat sibuk melampau langsung lupa. Maka terjadinya skrip muntah darah ni ..

“Han, apa perasaan dah pakai spek ni?”

(Senyum lebar mamat ni nk menjawab soalan)

“Hmmm…rasa best oooo Long. Bangga sikit”

“Apasal pulak?” (aku dh kehairanan)

“Org kat sekolah ramai kata aku ni mcm Asyraff Muslim”

“APA????!!!”

“Iyaaaaaaa…org yg kata”

*Pengsan!

Situasi kedua berlaku sewaktu sdg gosok baju.

“Dah nak pergi dah?” aku tanya tatkala nampak si bongsu bersiap2 mahu keluar

“A’ah..Long salam”

Sambil hulur tangan utk disalami

“Long, ada rupa Asyraff Muslim x?” Senyuman dia bukan main!

“DAH LAH,,,KELUAR SKRG! ”

Advertisements

#19 Kacang Dhall mana?

Throwback: Peristiwa tergempar semasa kenduri 8/12/13

Assalammualaikum!

Sudah seminggu kenduri berlalu namun guwa masih teringat kenduri yg berlangsung pada 8hb yang lalu. Kenduri kahwin guwa berjalan begitu lancar sekali. Eh,,,,wait a minute! Bila masa wa kahwin? TET !

Huahua Since Puan Nenek tidak menggunakan khidmat katering (oh yeah,,,suasana gotong royong masih lg terasa!) maka pasukan2 pakcik, makcik dan nenek2 comel giat membantu majlis kami. Sedang enak aku dan sepupu membantu menggoreng ikan masin dan memotong cili didapur, satu pertanyaan yang tak kusangka2 muncul
Pakteh : Yam, kacang dhall mana?

Me: Apa? Kacang Dhall? Entah. Jap tanya Wau

Kelam kelibut tnya semua org dan mencari Wau. Wau rupanya baru lepas mandi

Entah siapa : Wau, mana kacang dhall?

Wau : Kacang Dhall? Ya Allah, lupo ha!!!! takdo boli an doe….

Kesian Wau. Banyak benda dia nak ingat dan urus sampai kacang dhall lupa nak beli. Pakteh merupakan hero pada hari tersebut. Sepantas kilat beliau merempit ke pekan Rembau Most Wanted Yaw (Aha!) utk membeli kacang Dhall. Makngah membantu menjerang air utk rendamkan kacang Dhall.

Tak silap entah siapa..Makde ke Cikmi

“Kalau Dhall eh xdo takdolah lauk Dalca tu. Tingga ‘Ca’ eh yo”

KAHKAHKAH !!! Gelak the whole family yg ada kat situ. Adoi, boleh pulak ada humor2 disaat2 tegang mcm ni. Nasib baik lawak yang mmg lawak. Akhirnya, lauk dalca berjaya dimasak oleh geng2 pakcik dan makcik comel. Sedap! Majlis pun berjalan dengan lancar. Walaupun tak ramai dah geng2 kampung tetapi semangat kerjasama diantara sepupu sepapat, pak mak saudara, atuk2 and nenek…semua nya ok ok shj sewaktu majlis berlangsung. Alhamdulilah. Serius seronok walaupun penat.

#18 Misteri Kehilangan Wau

Assalammualaikum!

Ini cerita tergempar sebelum kenduri 8hb hari tu. Memang tergempar sebab penganjurnya hilang secara tiba2 beberapa hari sebelum kenduri. Ya, aku baru tahu cerita ini sehari sebelum kenduri. Walaupun tergempar tetapi kelakar dan merisaukan anak2 dan cucu2 beliau. Kisahnya begini 

(Bayangkan latar muzik sekiranya filem2 di ‘flashback’ kan. Boleh bygkan mcm mana?)

Beberapa hari sebelum kenduri berlangsung, Wau a.k.a Puan Nenek yang comel berada dirumah. Wa pasti beliau sedang sibuk dengan persiapan kenduri nanti. Kenduri (or lebih sopan rasanya kalau kita panggil ‘Majlis’) adalah sempena tahlil 100 hari pemergian arwah pakde, tahlil buat onyang (moyang) dan aqiqah si kecil cikenet Yini. sewaktu kehilangan Wau, guwa masih berada di opis menyiapkan kerja2 yang sepatutnya.

Seperti hari2 biasa, Kak Gee akan menghubungi Wau setiap hari untuk bertanya khabar berita dan memastikan Wau berada dalam keadaan baik2 belaka. Tetapi pada hari itu, berkali2 telifon berdering di kampung dan tiada siapa yang angkat. Telifon pula handphone Wau. Ha, engkau jangan main2 ye senah! Nenek guwa ada handphone wa cakap lu. Nenek lu ade? Ok. Sgt over. Telifon bimbit yang sepatutnya di bimbit kemana-kemari pun tiada gunanya. Tiada siapa yang angkat. 

“Ini tidak boleh jadi ni” getus hati Kak Gee. Beliau kemudian menghubungi Qil Qil. Qil Qil adalah sepupu wa. Sepanjang cuti sekolah ini beliau bertanggungjawab menjaga Puan Nenek di kampung. 

“Qilqil, wau mana? Kak Gee kol x angkat pun?”

“Eh, ye ke? Tadi last Qilqil tinggalkan dia tgh mandi. Pastu qilqil terus keluar”

“Apa???!!! MANDI???” 

Deng deng deng!

Dengan hati yang risau sepantas kilat Kak Gee and the geng (wa assume Maklang, Makteh, Makde sume) bertolak ke kampung. Kereta Honda putih yang dipandu Kak Gee wa dpt rasakan dipandu dgn kelajuan melebihi biasa walaupun di jalan2 kampung yg kecil demi menyelamatkan Wau umpama kudaku lari gagah berani. Gitu! Setibanya di kampung (nasib baik ruma masing2 dekat jugak) kelihatan semua pintu terkunci. Nama Wau dipanggil2 berkali-kali namun tiada yang menyahut. Entah macam mana ada air mengalir keluar dari pintu dapur. Sudah! Apakah yang terjadi pada Wau sebenarnya? Adakah Wau terjatuh? (Mohon dijauhkanlah Ya Allah!)

Ketika mana semua yang ada dirumah ketika itu sedang ligat berfikir dan risau keadaan wau, tiba-tiba kelihatan figura seorang wanita idaman Malaya yang anggun berbaju kurung berjalan perlahan-lahan ke arah rumah. Dia kelihatan terkejut dengan kehadiran peminat-peminat yang datang di rumah. Dengan selamba beliau berkata

“La….ni apo hal ramai2 keq umah Mon ni……?”

“WAU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“tahu x kitaorang risau ..bla bla…” (dan bebelan demi bebelan dituturkan seorang demi seorang)

Akhirnya Misteri kehilangan Wau terjawab. Wau bukan hilang diculik bunian mahupun sang putera raja yang kacak. Juga bukan sakit atau pengsan dibilik air seperti yang semua sangka2 kan. Beliau ke rumah pakcik yang bertanggungjawab utk memasak nasi dan lauk pada hari kenduri nanti. Kesudahannya selepas bebel punya bebel, end up semua ketawa! Wau terlupa nak tutup paip air dibilik air sebelum keluar sebab nak cepat katanya. Nasib baik bukan benda buruk berlaku.

Wau memang selamba dan cool je bila bab2 ni. Dia tak tahu yang semua orang risau pasal dia. Alhamdulilah, wau pulang dgn keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan beliau terus sambung membuat persiapan2 kenduri.

Sekian…

Sayangilah nenek anda.

p/s:

Wau: Panggilan utk nenek wa sebelah ayah. Jangan tnya kenapa ktorg panggil beliau sebegitu rupa. Sejarah bermula sebelum wa lahir lagi