#35

Capture1

Socks

Sudah seminggu rasanya Mak pulang dari Kota London. Seperti biasa Mak takkan pernah lupa membeli ole2 utk saudara-mara. Aku begitu teruja tatkala Lula cakap Mak ade tggalkan bungkusan ole2 utk aku dan keluarga.

Dalam bungkusan polkadot pink tertera nama “Ku Yam” aku melihat 3 pasang setukin seperti gambar diatas, tag nama polkadot merah jambu, satu tin kecil serbuk teh dan sehelai kain alas kecil warna merah jambu dgn motif bunga2 dan ya tertera jenama Cath Kidston. Now i am aware that Cath Kidston mmg trademarknya corak2 sebegitu. Aku kira setukin ade 3 pasang dan ini membuat ku keciwa. Untuk siapa lagi setukin2 itu kalau bkn utk adik2 aku. Kecemburuan melanda!

Aku cuba bernegosiasi dgn adik ku Muhammad Aiman tetapi gagal. Maka, aku pon takkan nak cuba utk berdialog dgn lg dua adik kerna ku tahu aku akan gagal. Tak tahu lah kenapa aku begitu meminati setukin2 tersebut. Satu mgkin sbb unik satu lagi mungkin sbb aku tahu adik2 pasti akan sepah disana-sini.

Untuk aku rupanya Mak belikan tag nama bukannya kain kecil warna pink itu. Teh dan kain pink untuk rumah di Seremban. Aku menyuarakan kekecewaan aku pada Mak dan mak kata Mak akan kumpul duit untuk kesana lagi dan belikan aku setukin. Takkan lah …

Kemudian aku menyuarakan kekecewaan aku pada Nadirah sepupuku iaitu anak sulung Mak. Berikut ialah dialog kami yang plg buat aku ketawa

“Perasan betul. Sila berusaha untuk mendapatkan stokin itu k lol. Kalau tak kau kena tukar dgn Uncle Chaonne”

“Xpe la. Takkan la dia nak tag pink polkadot tu”

‘Eh, ade lelaki suka pink. (emoticon). Macam kau la. Xpernah perempuan minat socks. Hihi”

“Kah! Perempuan mcm aku ni kan rare. Lol. Tp seyes. Aku suka stokin”

End up aku mengalah dan bersyukur dgn tag pink polkadot.

Advertisements

#11

Al kisah maskara dan celak

Assalammualaikum!

Kecoh semedang lah isu retis terkenal tu kahwin lagi satu ghupenya kat Thailand. Haih, nak buat mcm mana? Biarlah dia. Dia mampu dan mgkin dia ada sebab2 tersendiri kan? Husnuzhon ok guys? 

Post kali ni xde kena-mengena dgn Ashraff Muslim tu. Tak kuasa Mak Jemah nak layan ok! Baik lah guwa ngaji ke. Kata target nak khatam masa bulan puasa kan? Ha..guwa sebenarnya nak cerita skit perihal sepupu2 guwa. Engkau nmpak tajuk yang guwa bold kan tu? kelas kau jah. Apa kaitan? Kaitannya begini. Kisah bermula masa guwa bercuti 2-3 hari kt rumah sepupu guwa di Rembau. Banyak2 sepupu sebelah abah, dgn dorg ni adik-beradik lah guwa plg rapat. Yang sepupu lain sume jauh2.

Diorang ni 4 beradik. Sama mcm guwa. Bezanya guwa sorg pompuan yang lain laki dan dorg vice verca. Sesekali guwa cakap org putih boleh kan? korang kan terror2 belaka. Terror kat sini maksudnya hebat bukan terrorist gitu. Kang ada yang Islamaphobia baca blog aku ni kang. 

Kisahnya (x habis2 kisahnya kisahnya!)..sewaktu guwa berada dibilik sepupu ni guwa dgr si QilQil bertekak dgn si Wes. Dari dlm bilik guwa dgr dok bertekak pasal maskara bagai. Heran guwa. Si Wes tu laki. Apa yang dia kecoh benar psl brg pompuan. Sabar je lah guwa dlm bilik. X lama lepas tu guwa nmpak QilQil masuk bilik air. Nak bersiram katanya. (amek kau perkataan zaman2 Raja Melayu dulu). Ok.

Guwa keluar dari bilik. Baru setapak guwa langkah keluar tiba2 si Wes tanya:

Wes: Long, maskara dgn celak sbnarnya pakai kat mana?

Guwa: Lah..kat mata lah

Wes: Ye, tahulah tp kat area mana

Guwa pon explain lah kat bahagian mana yg patut dipakainya. Entah apa angin si Wes ni tiba2 dia pergi depan bilik air and dia ketuk pintu bilik air tu. Ya Ampun!

Sambil mengetuk ye..engkorang sila bygkan

Wes: Wey, Qila..kan aku dah kata benda tu pakai mcm tu! Kau tu bla bla bla @#$*!(!!!*&!

Qila: Kau ni apa??!! Tah bla bla bla @#*^&%^@(!!!

Masing2 bertekak ayam kat depan dan dalam blik air. X gila aku kat situ? ada ke smata2 nak defend pakai kat mana maskara and celak sanggup ketuk pintu bilik air. Guwa dah tak boleh tahan dah. Terus guwa bantai gelak mcm puaka. Mak sedara guwa pon pening tgk anak2 dia mcm tu. Apa boleh buat? Nama pun adik beradik. Apa2 pun lama2 isu tu selesai dah. Masing2 dah x de nk ckp pasal tu. Kalau cakap kang konfem bertekak balik.

=)