#35

Capture1

Socks

Sudah seminggu rasanya Mak pulang dari Kota London. Seperti biasa Mak takkan pernah lupa membeli ole2 utk saudara-mara. Aku begitu teruja tatkala Lula cakap Mak ade tggalkan bungkusan ole2 utk aku dan keluarga.

Dalam bungkusan polkadot pink tertera nama “Ku Yam” aku melihat 3 pasang setukin seperti gambar diatas, tag nama polkadot merah jambu, satu tin kecil serbuk teh dan sehelai kain alas kecil warna merah jambu dgn motif bunga2 dan ya tertera jenama Cath Kidston. Now i am aware that Cath Kidston mmg trademarknya corak2 sebegitu. Aku kira setukin ade 3 pasang dan ini membuat ku keciwa. Untuk siapa lagi setukin2 itu kalau bkn utk adik2 aku. Kecemburuan melanda!

Aku cuba bernegosiasi dgn adik ku Muhammad Aiman tetapi gagal. Maka, aku pon takkan nak cuba utk berdialog dgn lg dua adik kerna ku tahu aku akan gagal. Tak tahu lah kenapa aku begitu meminati setukin2 tersebut. Satu mgkin sbb unik satu lagi mungkin sbb aku tahu adik2 pasti akan sepah disana-sini.

Untuk aku rupanya Mak belikan tag nama bukannya kain kecil warna pink itu. Teh dan kain pink untuk rumah di Seremban. Aku menyuarakan kekecewaan aku pada Mak dan mak kata Mak akan kumpul duit untuk kesana lagi dan belikan aku setukin. Takkan lah …

Kemudian aku menyuarakan kekecewaan aku pada Nadirah sepupuku iaitu anak sulung Mak. Berikut ialah dialog kami yang plg buat aku ketawa

“Perasan betul. Sila berusaha untuk mendapatkan stokin itu k lol. Kalau tak kau kena tukar dgn Uncle Chaonne”

“Xpe la. Takkan la dia nak tag pink polkadot tu”

‘Eh, ade lelaki suka pink. (emoticon). Macam kau la. Xpernah perempuan minat socks. Hihi”

“Kah! Perempuan mcm aku ni kan rare. Lol. Tp seyes. Aku suka stokin”

End up aku mengalah dan bersyukur dgn tag pink polkadot.

Advertisements

#25 Asyraff Muslim jadian

Image

(Sumber)

I should write this yearsssss ago (ceh, bajet lama!). But i tend to forget and keep on making my self busy. So, here goes nothing. (copy paste from my FB status 5th February 2014)

Kepulangan ke rumah baru2 ini dikejutkan dgn wajah terkini si bongsu. Wah, dia kini sudah memakai cermin mata! Puan emak ada beritahu tapi akibat sibuk melampau langsung lupa. Maka terjadinya skrip muntah darah ni ..

“Han, apa perasaan dah pakai spek ni?”

(Senyum lebar mamat ni nk menjawab soalan)

“Hmmm…rasa best oooo Long. Bangga sikit”

“Apasal pulak?” (aku dh kehairanan)

“Org kat sekolah ramai kata aku ni mcm Asyraff Muslim”

“APA????!!!”

“Iyaaaaaaa…org yg kata”

*Pengsan!

Situasi kedua berlaku sewaktu sdg gosok baju.

“Dah nak pergi dah?” aku tanya tatkala nampak si bongsu bersiap2 mahu keluar

“A’ah..Long salam”

Sambil hulur tangan utk disalami

“Long, ada rupa Asyraff Muslim x?” Senyuman dia bukan main!

“DAH LAH,,,KELUAR SKRG! ”

#12

Kereta Abang Salleh

Kali ni guwa nak cerita pasal kereta Abg Salleh. Korang kenal sapa itu Abg Salleh? Hahaha..Abg Salleh ni mmg glamour kat kampung guwa. Menjadi pojaan hati sepupu2 kecil guwa dan anak2 sedara guwa yg 2 org tu. Nak tahu sbb apa? Begini

Abg Salleh tu bukan asal dari kampung guwa. Dia berasal dari mana guwa pun tak tahu. Tapi dia wujud lah dalam cerita Upin Ipin. Trademark dia ‘jari jemari Salleh’ x pun Sally,,,gtu lah. Guwa x minat sgt tgk cter upin ipin ni. Maaf lah ye. Tapi guwa tau Seri suka. Mesti dia terharu sbb guwa sebut nama dy dlm blog guwa yang x seberapa ni. 

Guwa dh melalut ke mana dh ni? Ha, mcm ni..ada satu peristiwa yg bikin guwa ketawa x ingat dunia. Mcm ni..bapak guwa drive Alza warna Marron (mcm warna kereta Abg Salleh) dan Makteh guwa drive Proton Exora warna gold. Boleh nmpak dah x apa yg guwa cuba story? Satu hari tu, adik guwa dtg ke kampung drive Alza. Sepupu2 kecil (Mia and Lily) dan anak2 sepupu (Kyra and Icha) sdg syok bermain di halaman rumah nenek. Masa adik guwa smpai, dorg boleh stop dan dgn penuh keterujaan

“Eh,,,,,kereta Abg Salleh!!! Abg Salleh, Abg Salleh”

Adik guwa keluar je dari kereta lagiteruja budak2 ni menyambut. Masalahnya dorg bukan panggil nama adik guwa. Dorg duk sibuk “Abg Salleh, Abg Salleh” x habis2. Sirius. Adik guwa apa lgi..gelak je la. Guwa ngn sepupu guwa yang lain bantai gelak masa dorg sbut pasal kereta Abg Salleh..

Hebat x hebat penangan media zaman skrg? Adik guwa yang tough tu dikatakan Abg Salleh. X padan langsung. 

Tapi skrg dorg dah pandai dah. Nampak kereta makteh dorg cakap jugak tu kereta Abg Salleh cuma warna lain. Tapi nmpak kereta bapak guwa dorg still akan panggil kereta Abg Salleh.

Haihlah.. Abg Salleh oh..Abg Salleh